1/3/09

I love u but....?!

Kisah Benar,,

kau tau kan aku sayang kau lebih dari segala-galanya,setelah semua kenangan pahit dan manis kita bersama akhirnya aku tepaksa buat satu keputusan yang paling sukar dalam hidup aku.Tempoh 12 bulan bukanlah satu tempoh yang singkat dan bagi aku ia dah lebih dari cukup untuk kita kenal hati budi masing-masing.

Tapi aku harap kau faham dengan keputusan yang mungkin telah ditakdirkan untuk kita.Segala kenangan sepanjang kita bersama akan hanya menjadi sejarah yang tak akan aku lupakan buat selama-lamanya.

Aku tepaksa untuk terus melihat kehadapan demi masa depan dan cita-cita aku.Segala kesilapan yang telah aku lakukan telah memaksa aku untuk mengundur diri.Mungkin aku memang patut di hukum dengan tidak diberikan peluang kedua untuk bersama kau.Menunggu adalah satu perkara yang membosankan.Merayu?!itu bukan cara aku.(ego)

Aku akui yang aku belom puas bersama kau.Tempoh kita bersama sangat2 singkat dan masih banyak lagi perkara yang belom dapat aku buktikan.Tapi hubungan kita tidak berpenghujung.

Si dia datang tanpa diduga dan terus memujuk aku dengan pelbagai janji-janji manis.Ajakan untuk bersamanya itu seolah-olah satu ajakan yang tidak dapat ditolak.Aku dapat lihat jika aku bersama dia hidup aku masih dapat dibentuk.Dia memberi aku peluang kedua untuk buktikan kemampuan diriku yang sebenar.Aku nampak satu kejayaan besar ada dalam dirinya dan apa yang perlu ada dalam diri aku hanya satu keazaman untuk terus hidup bahagia bersama si dia.

Selamt tinggal 2008 dan kepada 2009 diharap perhubungan kita akan berpanjangan.Doakan aku dan 2009 akan terus hidup bahagia bersama.

Sekian...

*cerita tak masuk akal dan bodoh dari aku.

Happy New Year !!
2009


-padin-